AGENSISELANGOR

Mais anjur forum perdana kupas topik ‘Pusaka Tidak Bertuan’

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang bakal mengupas topik ‘Pusaka Tidak Bertuan’ pada 8 September ini.

Setiausahanya berkata program sempena ulang tahun Mais ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 dari jam 9 hingga 10.30 malam.

“Forum ini bagi memupuk kesedaran umat Islam dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan,” kata Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam kenyataan.

Forum sejam setengah itu menampilkan tiga ahli panel iaitu Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Prof Madya Dato’ Dr Farid Ravi Abdullah dan Pengarah Baitulmal Mais Indera Shahril Mohd Shahid.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan berangkat ke forum berkenaan.


Pengarang :