AGENSISELANGOR

Jalan Teluk Piah Kanan, Kuala Selangor ditutup bagi kerja baik pulih

SHAH ALAM, 5 SEPT: Jalan Teluk Piah Kanan berdekatan Assam Jawa Bukit Rotan, Kuala Selangor akan ditutup enam hari mulai esok bagi kerja baik pulih.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor berkata kerja pembaikan jalan yang dijangka siap pada 11 September itu dilaksanakan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

“Pengguna disaran menggunakan Jalan Bandar Baru Batu 2 dan Jalan Kampung Baru bagi menjamin keselamatan dan kelancaran.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di lokasi berkenaan,” katanya di Facebook.


Pengarang :