AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS beri insentif RM300 kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf peroleh pekerjaan

SHAH ALAM, 9 SEPT: Golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) layak menerima insentif sekiranya sudah mendapat pekerjaan.

Agensi itu berkata tawaran Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) itu hanya dibuka kepada mereka yang mendapat pekerjaan pada tahun ini sahaja.

“Adakah anda telah mendapat pekerjaan pada tahun 2022? Jika ya, anda layak untuk IPPAS. Mohon segera, permohonan dibuka sehingga November 2022,” katanya di Facebook.

Mereka yang layak memohon menerusi imbas kod QR atau klik pada pautan https://bit.ly/-INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR…

Berdasarkan info grafik yang disediakan, mereka yang layak  akan memperoleh RM300.


Pengarang :