Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto Arkib SelangorKini
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI: Agihan insentif haji kepada baki jemaah selesai minggu depan

SHAH ALAM, 11 SEPT: Agihan insentif Haji Muassasah kepada baki  250 jemaah tahun ini diselesaikan minggu depan, kata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya sebelum ini sudah pun mengagihkan insentif haji kepada lebih 2,000 jemaah dari pelbagai Dewan Undangan Negeri.

“Permohonan ditutup pada 31 Ogos dan secara keseluruhan kita terima borang sebanyak 2,800. Bantuan ini diagih secara berperingkat sejak Mei.

“Semua penerima mendapat wang tunai RM500 dan kit cenderahati mengandungi beg, cecair nyahkuman, losyen, pelembap bibir, tuala muka dan tisu basah,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Pada 31 Ogos, Ahmad Azri memaklumkan sebanyak 2,200 pemohon sudah menerima wang sumbangan dan bakinya dijangka selesai sepenuhnya pada pertengahan September.

Insentif Haji Muassasah Selangor diteruskan tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta selepas tertangguh akibat penularan Covid-19.

Sumbangan menyasarkan 3,000 penerima itu merupakan tanda keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada rakyat yang bakal menunaikan haji.


Pengarang :