AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan daerah Klang dan Kuala Langat sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama juga dijangka di Kedah iaitu Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda serta Johor (Pontian da Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :