AGENDANASIONAL

Paip bocor, bekalan air 144 kawasan dijangka pulih esok

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sebanyak 143 kawasan di wilayah Sabak Bernam dan satu kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 10 malam tadi.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan menerusi aplikasinya, insiden kebocoran paip di jajaran paip air terawat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam, Hulu Selangor menyebabkan loji dihenti tugas sementara.

Jelas agensi tersebut, pelaksanaan kerja sedang giat dilaksanakan dan pihaknya berusaha mempercepatkan pemulihan bekalan di kawasan terjejas.

Menurut Air Selangor, makluman dan status terkini gangguan akan dikemaskini dari semasa ke semasa serta meminta pelanggan menghubungi talian 15300 untuk bantuan kecemasan.


Pengarang :