Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di beberapa negeri.
SELANGOR

Selangor antara tiga negeri diramal ribut petir hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 3 OKT: Selangor dan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan dan Melaka yang diramal mengalami ribut petir sehingga 1 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut mengalami keadaan sama termasuk hujan lebat.

Agensi itu juga menyenaraikan beberapa daerah di negeri lain yang juga mengalami cuaca sama iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :