SHAH ALAM, 17 OKT: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Jelajah Ehsan Rakyat diadakan Balairaya Parit 11 Timur bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak, tapak pasar malam, Bestari Jaya (Ijok), tapak pasar malam, Taman Alam Jaya (Jeram) dan Kampung Nahhoda (Sungai Tua).
Program turut diadakan di Dewan MPAJ Kampung Perwira Jaya (Pandan Indah), LC700 Pandan Perdana (Teratai), Bandar Tasik Kesuma (Semenyih), Pangsapuri Sea Park (Kampung Tunku) dan tapak pasar malam (Sungai Kandis).
Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).
Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.
Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan linktr.ee/myPKPS