Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri Selangor di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Hayati semangat Deepavali, tingkat permuafakatan dalam kalangan masyarakat

SHAH ALAM, 23 OKT: Masyarakat disaran mempertingkat permuafakatan dalam kehidupan harian dengan mengambil semangat perayaan Deepavali.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesepakatan dalam kalangan rakyat harus dikekalkan sebagaimana yang terbentuk ketika berdepan pandemik Covid-19.

“Sempena dengan perayaan Deepavali ini, marilah kita bersama-sama menghayati kisah yang terkandung disebalik perayaan ini yang membawa cahaya kemenangan dan kejayaan. Kebenaran mengatasi kejahatan dan juga kejahilan.

“Justeru, dengan semangat yang betul dan juga dengan jiwa yang murni, marilah kita bersama-sama meraikan Deepavali agar permuafakatan dan kesepakatan rakyat dalam negara kita terus kukuh sebagaimana yang kita lalui ketika pandemik Covid-19 yang lalu.

“En Iniya Deepavali Nal Vaalthukkal,” ucapanya menerusi video di Facebook sempena sambutan Deepavali esok.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) berkenan menyampaikan duit raya pada Majlis Perasmian Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 22 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Semalam, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis sambutan Deepavali peringkat negeri di Jalan Tengku Kelana, Klang.

Keberangkatan Tengku Amir Shah diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau.

Lebih 1,000 masyarakat India hadir memeriahkan sambutan Deepavali pada kali ini setelah tidak menyambutnya sejak dua tahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Berucap pada majlis berkenaan, Amirudin berkata Kerajaan Negeri tekad memastikan rakyat dapat meneruskan kehidupan selepas berdepan pandemik Covid-19 menerusi pengenalan program bantuan dan inisiatif prorakyat.

http://                                                 


Pengarang :