Mohamad Sabu ketika hadir ke Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC, Shah Alam pada 6 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Mohamad Sabu pertahan kerusi Kota Raja, Khalid Samad pindah ke Titiwangsa

SHAH ALAM, 30 OKT: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Manakala penyandang Parlimen Shah Alam selama tiga penggal, Khalid Samad berpindah ke Parlimen Titiwangsa yang disandang Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Pada PRU14, Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah berjaya memenangi majoriti 33,849 undi, menewaskan dua pesaing iaitu Dr Mohd Zuhdi Marsuki daripada PAS dan Azhari Shaari (Barisan Nasional).

Menurut Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, parti tersebut mempertaruhkan 54 calon Parlimen bagi pilihan raya kali ini, bertambah 19 kerusi berbanding PRU lalu.

“Berlaku pertambahan 35 peratus bagi kerusi baharu yang mana tujuh orang adalah calon wanita,” katanya pada sidang media pengumuman calon Parlimen Amanah untuk PRU15.

Berikut senarai 54 calon yang diumumkan mengikut negeri:

SELANGOR

Sabak Bernam – Shamsul Ma’arif Ismail
Kuala Selangor – Dr Dzulkefly Ahmad
Hulu Langat – Mohd Sany Hamzan
Shah Alam – Azli Yusof
Kota Raja – Mohamad Sabu
Sepang – Raj Munni @ Aiman Athirah

PERAK

Kuala Kangsar – Ahmad Termizi Ramli
Parit – Nurthaqaffah Nordin
Lumut – Mohd Hatta Ramli

PERLIS

Padang Besar – Mohamad Saad @ Yahya

PULAU PINANG

Tasek Gelugor – Nik Abdul razak Nik Md Ridzuan

SARAWAK

Santubong – Mohamad Zen Peli
Samarahan – Abang Abdul Halil Abang Naili
Batang Sadong – Lahaji Lahiya
Batang Lupar – Wel @ Maxwel Rojis
Tanjong Manis – Zainab Suhaili
Igan – Andri Zulkarnaen Hamden

TERENGGANU

Besut – Abd Rahman @ Abd Aziz Abas
Kuala Nerus – Suhaimi Hashim
Kuala terengganu – Raja Kamarul Bahrin Shah
Marang – Azhar Ab Shukur

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & LABUAN

Titiwangsa – Khalid Abd Samad
Labuan – Dr Ramli Tahir

JOHOR

Parit Sulong – Mohd Faizal Dolah
Gading – Aminolhuda Hassan
Kota Tinggi – Onn Jaafar
Pengerang – Che Zakaria Mohd Salleh
Pulai – Salahuddin Ayub

KEDAH

Langkawi – Zabidi Yahya
Padang Terap – Muaz Abdullah
Pokok Sena – Mahfuz Omar
Sik – Latifah Yatim
Baling – Johari Abdullah

KELANTAN

Tumpat – Wan Mohd Johari Wan Omar
Pengkalan Chepa – Nik Faizah Othman
Kota Bharu – Hafidzah Mustakim
Rantau Panjang – Wan Shah Jihan Wan Din
Kubang Kerian – Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah
Pasir Puteh – Muhamad Husain
Jeli – md Radzi Wahab
Kuala Krai – Mohd Hisyamuddin Ghazali

MELAKA

Alor Gajah – Adly Zahari
Jasin – Harun Mohamed

NEGERI SEMBILAN

Jelebu – Zulkefly Mohamad
Jempol – Norwani Ahmat
Tampin – Muhammad Faiz Fadzil

PAHANG

Paya Besar – Ahmad Azam Mohamad Salleh
Maran – Ahmad Shuhor Awang
Kuala Krau – Juhari Osman
Temerloh – Mohd Hasbie Muda

PERAK

Larut – Zolkharnain Abidin
Parit Buntar – Mujahid Yusuf
Bukit Gantang – Fakharuldin Mohd Hashim


Pengarang :