Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Fadhlina Sidek (tiga, kiri) bersama penyokong berarak masuk ke Pusat Penamaan Calon P047 di Nobong Tebal, Pulau Pinang pada 5 November 2022. Foto Twitter Fadhlina Sidek.
AGENDANASIONAL

Calon baharu HARAPAN cabar pemimpin belot di utara Semenanjung

SHAH ALAM, 5 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) menampilkan calon muka baharu bagi mencabar pemimpin yang meninggalkan parti lama di tiga kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Calon HARAPAN Fadhlina Sidek mencabar penyandang Datuk Mansor Othman (PN) di Nibong Tebal yang berpaling tadah dan Zabidi Yahya mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang) di Langkawi.

Mansor dan Dr Mahathir menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 2018 tetapi keluar daripada HARAPAN susulan krisis politik Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Sementara Fathin Amelina Fazlie pula mencabar penyandang kerusi Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional setelah digugurkan Barisan Nasional.

Dari kiri calon kerusi Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek (HARAPAN), Datuk Mansor Othman (PN), Datuk Seri R. Thanenthiran (BN) dan Goh Kheng Huat (Bebas) bergambar di Pusat Penamaan Calon P047 di Nobong Tebal, Pulau Pinang pada 5 November 2022. Foto Twitter Fadhlina Sidek.

Berikut beberapa kerusi dan calon menarik di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang:

PERLIS

P 002 Kangar Noor Amin Ahmad* (HARAPAN) dicabar Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya (BN), Zakri Hassan (PN), Nur Sulaiman Zolkapli (Pejuang) dan Rohimi Shapiee (Warisan)
P 003 Arau Fathin Amelina Fazlie mencabar DS Shahidan Kassim (PN)** dan Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN)

KEDAH

P 004 Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad**(Pejuang) disaingi Zabidi Yahya (HARAPAN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN), Datuk Armishah Siraj (BN), Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas)
P 101 Kuala Kedah Dr Azman Ismail* (HARAPAN) dicabar Dr Mashitah Ibrahim (BN), Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN), GTA
P 103 Sik Datuk Latipah Md Yatim (HARAPAN) melawan Ahmad Tarmizi Sulaiman* (PN) dan Maizatulakmam Othman @ Ibrahim (BN)
P 016 Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim* (BN) berdepan Johari Abdullah (HARAPAN), Lt Kol (B) Basir Ab Rahman (Pejuang), Hassan Saad (PN)
P 018 Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail* (HARAPAN) dicabar Roslan Hashi (PN), Datuk Muhar Hussain (BN), Mohd Yusrizal Yusoff (Pejuang)

PULAU PINANG

P 043 Bagan Lim Guan Eng* (HARAPAN) berdepan DrTan Chuan Hong (BN), Oh Teik Choon (PN), Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar (Pejuang)
P 044 Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar* (HARAPAN) dicabar Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Fawwaz Mat Jan (PN) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang)
P 046 Batu Kawan Chow Kon Yeow* (HARAPAN) berdepan Datuk Tan Lee Huat (BN), Wong Chia Zhen (PN), Ong Chin Wen (Warisan), Lee Ah Leong (PRM)
P 047 Nibong Tebal Fadhlina Sidek (HARAPAN) cabar Datuk Dr Mansor Othman (PN)**, Datuk Seri R. Thanenthiran (BN) dan Goh Kheng Huat (Bebas).

* selepas nama = penyandang parti sama
* selepas parti = parti tukar calon
** penyandang menang atas tiket parti lawan


Pengarang :