Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa seluruh Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 9 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama berlaku beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :