Keadaan banjir kilat sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor setakat jam 6 petang pada10 November 2022. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Banjir kilat: Kerajaan Negeri gerak aset ke Kapar, Meru

SHAH ALAM, 10 NOV: Aset dan jentera bomba sedang digerakan ke Kapar dan Meru, Klang susulan laporan banjir kilat di kawasan itu petang ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’Seri Amirudin Shari berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Bencana Daerah juga bersiap sedia.

“Saya sedang terima laporan berkenaan beberapa kawasan yang sedang dinaiki air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang.

“Semua jentera dan agensi berkaitan telah diminta bersiap sedia dan digerakkan ke kawasan terlibat. Kerajaan Negeri memantau rapat situasi semasa,”katanya menerusi Twitter.

Pasukan bomba menyelamatkan penduduk susulan banjir kilat sekitar Shah Alam dan Klang pada 10 November 2022. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Sementara itu, berdasarkan maklumat di https://publicinfobanjir.water.gov.my/ tiga sungai di Selangor mencatat paras bahaya setakat jam 5.45 petang tadi.

Sungai Binjai di pekan Meru Klang berada pada paras 4.63 meter, Sungai Bakul di Kampung Budiman Petaling pula catat paras 8.29 meter, dan bacaan paras Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang adalah 18.12 meter.

Paras air bagi ketiga-tiga sungai ini menunjukkan trend menaik setakat ini.

Berikut talian kecemasan bencana Klang untuk memudahkan orang ramai.


Pengarang :