Oleh Azian Aziz
GOMBAK, 13 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari meminta ibu bapa mengingatkan anak yang berusia 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi pada 19 November ini.
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak berkata golongan tersebut didapati masih tidak tahu tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Jadi saya minta tolong kepada para ibu untuk maklum pada anak-anak yang sudah cukup umur 18 tahun supaya keluar mengundi.
“Ini supaya kita dapat teruskan perubahan yang telah kita gembleng dan jaga di Gombak ini selama lebih 13 tahun yang lepas,” katanya selepas merasmikan Program Mini Karnival Wanita di Dewan JKP5, Taman Selasih di sini, hari ini.
Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berdepan cabaran penyandang tiga penggal kerusi Parlimen Gombak iaitu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional).
Beliau turut berdepan dengan Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas Zulkifli Ahmad.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2022/11/amir-2-500x333.jpg)