Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara pada 5 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, bakal kembali

SHAH ALAM, 20 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerima kekalahannya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan hati terbuka.

Beliau yang juga anak Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong selain mengatakan beliau akan kembali.

Menurutnya, peluang mewakili Permatang Pauh di Dewan Rakyat selama satu penggal merupakan penghormatan terbesar dalam hidupnya.

“Inilah demokrasi yang sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya – dan saya
menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

“Jangan bimbang, teman-teman seperjuangan. Berkat usaha, doa, insha-Allah i’ll be back (saya akan kembali),” tulisnya di Instagram.

Pada PRU15 semalam, Nurul Izzah tewas kepada pesaingnya Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dengan majoriti 5,272 undi.


Pengarang :