Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan Sijil Tamat Latihan Program Penajaan Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) di Kolej Antarabangsa INPENS, Kuala Selangor pada 25 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Peruntuk RM15 juta untuk IKTISASS, buka peluang lepasan tahfiz

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak RM15 juta diperuntuk untuk program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu bagi meningkatkan kemahiran anak-anak muda Selangor menerusi program disedia IKTISASS.

“Pembangunan latihan dalam Program IKTISASS merupakan pendekatan untuk lepasan latihan memasuki alam pekerjaan dan keusahawan dengan berbekalkan kepakaran dan kualiti yang bertaraf antarabangsa.

“Program-program ini termasuklah meneruskan program latihan seperti Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia kepada lepasan tahfiz dan pembangunan program Huffaz Profesional,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023, hari ini.

Tambah Amirudin, usaha memperkasakan Program IKTISASS di peringkat global turut dilaksana dengan kerjasama institusi antarabangsa seperti Federal Institute for Vocational Education and Training (BIBB) dan Technical University Of Munich (TUM).

“Kolaborasi ini akan melibatkan pemindahan teknologi, latihan tenaga pengajar dan pertukaran pelajar dalam ekosistem pendidikan industri di Selangor.

“Sehingga kini, program IKTISASS sentiasa ditambah baik melalui pewujudan ekosistem latihan kemahiran yang lebih berorientasikan industri,” katanya.


Pengarang :