SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM8 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur dan peralatan mengadakan kelas agama bukan Islam tahun depan.
Dato’ Menteri Besar berkata dana itu disalur kepada persatuan yang memohon melalui pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas).
“Kerajaan Negeri prihatin keperluan untuk membaik pulih rumah ibadat bukan Islam sedia ada bagi tujuan keselesaan semasa menjalankan aktiviti agama serta keperluan asas daripada segi peralatan menjalankan kelas agama.
“Peruntukan ini disalurkan melalui Sistem Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.