Model ‘experiential tourism’ ala Sekinchan boleh dijadikan contoh bagi memajukan pelancongan domestik. Foto: SelangorKini
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Sekinchan dipilih kampung tanpa tunai pertama, tarik ramai pelancong

SHAH ALAM, 18 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan dipilih sebagai kampung tanpa tunai pertama di Malaysia oleh Hong Leong Bank Bhd (HLB) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Wakil rakyat Ng Suee Lim berkata pengiktirafan menerusi program Visit Sekinchan 2023 membantu kawasan itu lebih dikenali sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk.

“Pelaksanaan tanpa tunai ini memudahkan pelancong terutama warga asing berurusan dengan peniaga atau penjaja. Sekinchan terkenal dengan agropelancongan menyebabkan jumlah pelancong semakin meningkat.

“Langkah ini juga turut menjamin keselamatan pelancong kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak. Ketika ini juga masyarakat lebih memilih bayaran tanpa tunai,” katanya ketika dihubungi.

Suee Lim yang juga speaker Dewan Negeri Selangor berkata sepanjang tahun lalu pihaknya giat melatih peniaga dan usahawan berkenaan konsep pembayaran digital.

“Mereka diberikan ilmu mengenai transaksi ini. Mereka sudah diajar dan dilatih jadi tidak memberi masalah kepada mereka untuk laksanakan bayaran secara digitalisasi,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB Domenic Fuda memaklumkan pemilihan DUN terbabit berikutan lokasinya yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara.


Pengarang :