Wakil Lembaga Zakat Selangor menyerahkan cek cura sumbangan zakat untuk institusi agama di Hulu Langat kepada Orang Besar Daerah Hulu Langat Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Abdul Jalil Dato’ Abd Rani (tiga, kiri) pada 10 Februari 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS agih hampir RM600,000 kepada masjid, surau di Hulu Langat sepanjang 2022

SHAH ALAM, 10 FEB: Lembaga Zakat Selangor mengagihkan zakat berjumlah RM596,487 kepada masjid dan surau di Hulu Langat sepanjang tahun lalu.

Agensi itu memaklumkan agihan zakat berkenaan untuk kerja membaik pulih, pembelian karpet dan peralatan untuk kegunaan surau dan masjid.

“Sejumlah RM596,487.20 diagihkan kepada masjid dan surau daerah Hulu Langat sepanjang 2022. Inilah sebahagian daripada amal soleh yang akan berpanjangan selama masjid dan surau diimarahkan.

“Semoga Allah SWT memberkati harta yang masih ada dan zakat yang ditunaikan menjadi pembersih bagi diri,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, agihan zakat itu diberikan kepada Orang Besar Daerah Hulu Langat, Dato Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya, Abdul Jalil Dato’ Abd Rani.

Turut hadir, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Yusmizan Yusof dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat Dr Ahmad Zaky Md Ali @ Tahir.


Pengarang :