Keadaan bangunan runtuh di Jandaris, Syria pada 9 Februari 2023 selepas kejadian gempa bumi melanda negara itu dan Turkeye Isnin lalu. Foto REUTERS/Khalil Ashawi
AGENDAGLOBAL

Korban gempa bumi di Syria mencecah 3,384 orang

ANKARA, 11 FEB: Sekurang-kurangnya 3,384 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera di Syria akibat gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Türkiye pada Isnin, memetik data pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 2,037 orang meninggal dunia dan lebih 2,950 yang lain cedera di barat laut Syria, kawasan yang dikawal oleh pembangkang, menurut data dari Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan Awam Syria dan sumber tempatan lain.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan rejim Syria melaporkan sekurang-kurangnya 1,347 kematian di wilayah Aleppo, Latakia, Hama, dan Tartus dengan 2,295 orang lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan lebih 5,200, lapor Agensi Anadolu.

– BERNAMA


Pengarang :