Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan diramal landa Selangor, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

SHAH ALAM, 11 FEB: Seluruh daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan situasi sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Negeri lain, Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru).

Manakala Sarawak di Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) Dan Miri (Miri dan Marudi).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :