Cuaca mendung di perairan Laut China Selatan di pantai Taman Gelora, Kuantan pada 3 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Agensi itu berkata keadaan sama turut berlaku di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami keadaan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :