Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudun Shari mencuba permainan lato-lato ketika riadah bersama anak muda pada Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Klang di Kampung Delek, Klang pada 18 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB tertarik gelagat kanak-kanak main sepak takraw, lato-lato

KLANG, 19 FEB: Dato’ Menteri Besar tertarik melihat gelagat kanak-kanak bermain sepak takraw dan lato-lato pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang semalam.

Bertempat di Padang Bola Kampung Delek, Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa kira-kira 10 minit beriadah sambil beramah mesra bersama kanak-kanak.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cilik bagi pertandingan sepak takraw selain memenuhi permintaan penduduk yang mahu berswafoto bersamanya.

Untuk info, permainan lato-lato mempunyai dua pemberat yang diikat dengan tali yang mana pemain akan menghayun kedua-dua pemberat itu agar bertembung antara satu sama lain di bawah dan di atas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyapa pelanggan ketika Jelajah Kita Selangor
Penyayang daerah Klang di Restoran Kukus, Klang pada 18 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa hampir setengah jam minum petang di Warung Kukus, Jalan Tepi Sungai untuk menikmati hidangan popular warung tersebut iaitu tongmo bakar.

Penyelia Restoran Kukus, Nur Sharifah Sunandar

Penyelia warung Nur Shafirah Sunandar, 27, ketika ditemui berkata pihaknya bangga dan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri ke gerainya.

“Kami menyajikan makanan ‘best seller’ antaranya tongmo bakar, ubi rebus, lempeng sambal bilis, teh tarik dan kopi o kepada beliau.

“Harap Yang Amat Berhormat suka dan sudi untuk berkunjung ke sini lagi pada masa akan datang, maaf juga sekiranya ada kekurangan,” katanya.

Usai beriadah dan minum petang, Amirudin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Darul Muttaqin, Kampung Sungai Udang.


Pengarang :