EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah berucap merasmikan Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor konsisten catat pertumbuhan ekonomi, hasil dikembali kepada rakyat

HULU SELANGOR, 19 FEB: Selangor sentiasa konsisten mencatat pertumbuhan ekonomi dan mendapat hasil memberangsangkan untuk dikembalikan kepada rakyat.

EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah berkata negeri ini berterusan menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh lima tahun ke belakang.

“Bermula 23.2 peratus pada 2017, pada 2021 sumbang 24.8 peratus. Apakah maksud sumbangan KDNK ini? Dalam setiap RM10 duit dalam negara kita, RM2.40 adalah hasil daripada Selangor.

“Dalam setiap RM100, RM24 atau RM25 datang dari hasil kerja, sumbangan ekonomi dan pembangunan dalam negeri Selangor.

“Sebab itu kita tidak boleh gagal, kalau gagal akan beri impak dan kesan kepada negara secara keseluruhannya,” berucap pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Hulu Selangor di Oasis Batang Kali hari ini.

Borhan berkata peningkatan hasil yang dicatat Selangor dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif serta program kebajikan.

“Namun sngka-angka tersebut bukanlah sesuatu yang Kerajaan Negeri banggakan.

“Peningkatan hasil tiga tahun berturut-turut harus dikembalikan kepada rakyat dalam insiatif yang akan membawa kepada pengupayaan atau pemerkasaan rakyat dari hari-hari,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi dan anak syarikat telah melaksanakan 44 program kebajikan di bawah kerangka Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

ISP disusun semula daripada Inisiatif Peduli Rakyat menerusi peruntukan RM600 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Pakej bantuan rakyat itu menggariskan enam insiatif iaitu Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, Iltizam Kesihatan Selangor, Iltizam Pendidikan Selangor, Iltizam Perumahan Selangor, Iltizam Keusahawanan Selangor dan Iltizam Mesra Anak Selangor.


Pengarang :