AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam 

SHAH ALAM, 20 FEB: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook mengeluarkan amaran sama di beberapa daerah di lima negeri lain termasuk Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya.

 


Pengarang :