Seorang bapa memeluk anak-anaknya selepas gempa bumi kuat melanda Antakya, Turkiye pada 21 Februari 2023. Foto REUTERS/Clodagh Kilcoyne
AGENDANASIONAL

Gempa bumi kuat landa Turkiye pagi ini

KUALA LUMPUR, 21 FEB: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Turkiye pada 1.04 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1.35 pagi, gempa dengan kedalaman 58 km itu berlaku pada jarak 114 km tenggara dari Adana, Turkiye.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :