Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 21 FEB: Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langatdi Selangor hingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.