Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Bangunan Parlimen pada 24 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pembaikan ratusan klinik, sekolah daif disegerakan

SHAH ALAM, 24 FEB: Pembaikan bagi 400 klinik dan 380 sekolah daif di seluruh negara akan disegerakan menerusi peruntukan sebanyak RM1.2 bilion, maklum perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, had sebut harga perolehan kerja pembaikan itu juga ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 untuk menyegerakan pelaksanaan projek.

“Tidak boleh diterima akal zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif. Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan.

“Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi Kerajaan kalau tidak
memudah cara. Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :