Aliran trafik dari arah Selatan menghala ke ibu kota mulai perlahan ekoran orang ramai beransur pulang selepas berakhirnya cuti umum sempena Tahun Baharu Cina ketika tinjauan di lebuhraya PLUS arah utara ke plaza Tol Sungai Besi pada 24 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dana RM2.7 bilion naik taraf jalan persekutuan, RM5.2 bilion jalan negeri

SHAH ALAM, 24 FEB: Sejumlah RM2.7 bilion disediakan untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang bertujuan untuk menyelenggara jalan negeri kepada RM5.2 bilion.

“Kerajaan Persekutuan telah memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini

Anwar berkata sejumlah RM1.5 bilion disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar.

“Bagi isu jalan-jalan berlubang khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima. Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah.

“Sejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi,” katanya.


Pengarang :