Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) berkenan menyantuni peserta cilik yang mengenakan pakaian songket ketika menyertai acara Larian Songket Antarabangsa 3.0 di Management and Science University (MSU), Shah Alam pada 25 Februari 2023. Turut hadir Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid (kanan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tengku Permaisuri berkenan rasmi Larian Songket Antarabangsa anjuran MSU

SHAH ALAM, 25 FEB: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan acara Larian Songket Antarabangsa 3.0 di Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Turut hadir ke acara tersebut Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU Prof Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Mohd Syukri berkata larian edisi ketiga itu diadakan semula selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata kira-kira 5,000 peserta menyertai larian sejauh lima kilometer itu yang turut dimeriahkan dengan peserta mengenakan pakaian songket.

“Edisi pertama International Songket Run dianjurkan pada 2018 manakala edisi kedua pada 2019 mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) melalui rekod Penyertaaan Teramai Acara Larian Songket sebanyak dua kali berturut-turut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA


Pengarang :