ADN Sungai Ramal Mazwan Johar. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Bantuan kembali ke sekolah DUN Sungai Ramal manfaat 350 pelajar

HULU LANGAT, 4 MAC: Kira-kira 350 pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal menerima bantuan kelengkapan persekolahan menerusi peruntukan berjumlah RM40,000.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata bantuan menerusi program kembali ke sekolah itu dijangka diagihkan pada 12 Mac iaitu sebelum bermulanya musim persekolahan tahun ini.

“RM100 akan diperuntukkan kepada penerima dengan barangan keperluan seperti beg sekolah, alat tulis, buku dan pelbagai lagi kelengkapan lain.

“Ini adalah program tahunan di DUN Sungai Ramal dan permohonan untuk program ini juga sangat memberangsangkan jadi kita teruskan tahun ini,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, Mazwan menyertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersarapan di medan selera Seksyen 1 berhadapan pasar basah Bandar Baru Bangi di sini.

Amirudin selepas itu turut menyantuni dan beramah mesra dengan peniaga pasar basah dan pasar rakyat di kawasan berkenaan selain memenuhi permintaan peniaga dan pengunjung yang teruja mahu bergambar bersamanya.


Pengarang :