Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad bercakap kepada media selepas Majlis Mesra Media Jais di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jais kesal hantaran tidak tepat, wujud tanggapan tidak baik

SHAH ALAM, 6 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kesal tindakan pihak tertentu yang membuat hantaran tidak tepat berhubung pembatalan ceramah seorang pendakwah bebas di negeri ini.

Pengarahnya berkata hantaran itu juga mewujudkan tanggapan tidak baik terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, pihak berkuasa agama dan Kerajaan Negeri.

Menurut Dato’ Shahzihan Ahmad, nasihat kepada penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar selaras ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“(Enakmen) menetapkan bahawa hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang Islam di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua ceramah agama oleh pendakwah bebas terbabit di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjong Karang pada 10 dan 11 Mac dibatalkan.


Pengarang :