Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan enam daerah sehingga 5 petang.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Jempol).

Johor pula di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru selain Sarawak meliputi Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Ksapit (SONG dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :