Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Penyewa kondominium ditahan bantu kes penemuan bangkai kucing

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Penyewa sebuah kondominium ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing dipercayai dibunuh dalam kediaman itu di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di satu lokasi di Cheras, semalam.

“Suspek ditahan di Cheras semalam dan dia kini direman hingga 28 Mac ini untuk membantu siasatan,” katanya lapor Berita Harian.

Perlakuan tidak berperikemanusiaan itu didedahkan Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi satu kenyataan di Facebook persatuan itu kelmarin.

Perbuatan lelaki berusia 31 tahun dipercayai penyewa rumah itu terbongkar selepas pemiliknya membuat pemeriksaan dan menemui puluhan rangka, organ serta daging kisar haiwan disyaki kucing dalam rumah terbabit.

Difahamkan, pemilik rumah terpanggil untuk membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran yang tidak tahan dengan bau busuk dipercayai datang dari unit kediaman itu.

MAA berkata, pemilik rumah kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan itu pada 13 Mac lalu.


Pengarang :