Gambar Hiasan: Aeroangkasa. Sumber Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan lanjut pakej galakan cukai, pacu industri aeroangkasa

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kerajaan akan melanjutkan pakej galakan cukai bagi memacu industri aeroangkasa di negara ini, kata timbalan menteri kewangan.

Steven Sim Chee Keong berkata inisiatif itu seiring hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bidang itu serta pusat penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Industri ini dipandu Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang menyasarkan untuk menjana pendapatan RM55.2 bilion dan pekerjaan mahir berpendapatan tinggi kepada 32,000 rakyat Malaysia menjelang 2030.

“Bagaimanapun kita sedar bahawa sektor ini masih jauh daripada sasaran. Oleh itu, pakej galakan industri aeroangkasa akan dilanjutkan dengan penambahbaikan,” katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Steven Sim berkata kerajaan mengambil maklum idea dan cadangan insentif untuk industri perfileman termasuk pempengaruh.

“Kita faham (industri perfileman dan pempengaruh) akan mendapat pendapatan melalui aktiviti yang dilaksanakan,” katanya.


Pengarang :