Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf daerah Kuala Langat sempena majlis iftar bersama rakyat di Masjid Ar- Rahmah (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat pada 3 April 2023. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda serah sumbangan raya kepada 454 asnaf Kuala Langat

KUALA LANGAT, 4 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mengagihkan sumbangan Aidilfitri kepada 454 asnaf sekitar Kuala Langat.

Tengku Amir Shah menyampaikan bantuan itu kepada 109 fakir, miskin (224) dan mualaf (121) di Masjid Ar-Rahmah, RTB Bukit Changgang di sini semalam.

Setiap asnaf menerima sumbangan RM500 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM227,000.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bersalaman dengan ahli kariah sempena majlis iftar bersama rakyat di Masjid Ar- Rahmah (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat pada 3 April 2023. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan masjid berkenaan yang mula beroperasi pada 5 Disember 2020.

Baginda berdua turut mencemar duli ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Kuala Langat serta menunaikan solat sunat tarawih.

 


Pengarang :