Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama wakil pengurusan masjid dan surau yang menerima bantuan Ihya’ Ramadan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dalam satu program di Gombak baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sempena Ramadan, MBI agih lebih RM500,000 kepada masjid, surau laksana program imarah

SUBANG JAYA, 5 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang lebih RM500,000 kepada kira-kira 200 masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

Ketua komunikasi sosial korporatnya berkata sumbangan menerusi peruntukan Ihya’ Ramadan bertujuan membantu institusi agama terbabit melaksanakan program pengimarahan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Tahun ini kita peruntukan hampir RM3 juta untuk Ihya’ Ramadan termasuk bantuan kepada asnaf dan program kebajikan sosial.

“Jumlah peruntukan kepada masjid dan surau masih berbaki jadi mana-mana pengurusan yang perlukan sumbangan boleh membuat permohonan segera,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau ditemui pada program Infak Bubur Lambuk Ara Damansara Medical Centre di Seksyen U2 di sini hari ini.

Bantuan Ihya’ Ramadan tahun ini meliputi sumbangan kepada masjid dan surau selain diagih kepada asnaf dan penganjuran program berbuka puasa bersama penduduk

Sepanjang 2019 hingga tahun lalu MBI telah membelanjakan hampir RM8 juta kepada institusi agama merangkumi bantuan kepada pihak masjid sebanyak RM4.3 juta, surau (RM3.1 juta) dan sekolah rendah agama (RM1 juta).


Pengarang :