AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa KL, enam daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 8 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam daerah di Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur.

Manakala negeri lain antaranya Perak di Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Terengganu (Kemaman), Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula di Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :