Keadaan bumbung Apartment Angsana Bukit Puchong 2 yang rosak dilanda ribut pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah
EXCOSELANGOR

Bumbung kediaman rosak akibat ribut di Sepang, Puchong dibaik pulih segera

PETALING JAYA, 9 APRIL: Kerajaan Negeri akan menyelaras segera bantuan kepada mangsa terjejas kejadian ribut di Sepang dan Puchong yang berlaku semalam.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata bantuan akan diatur oleh unit bencana negeri, pihak berkuasa tempatan dan beberapa agensi terlibat.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah berbincang perkara ini dan kita akan turunkan bantuan dengan kadar segera.

“Buat masa ini unit bencana negeri akan menguruskan kerja-kerja baik pulih bumbung yang rosak kemudian kita akan teliti lagi beberapa bantuan,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman Jualan Mega Ehsan Aidilfitri di Balairaya MBPJ di sini hari ini.

Pokok tumbang akibat ribut sekitar Puchong pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah

Semalam, lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Apartment Angsana Bukit Puchong 2 terjejas akibat ribut.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan.

Keadaan bumbung Apartment Angsana Bukit Puchong 2 yang rosak dilanda ribut pada 8 April 2023. Foto Facebook Adhif Syan Abdullah

 


Pengarang :