AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Klang, Petaling hingga 5 petang

SHAH ALAM, 9 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Klang dan Petaling di Selangor hingga 5 petang.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran sama dikeluarkan di Johor melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :