Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima turut bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kemasyarakatan DUN Sungai Tua di Pejabat DUN Sungai Tua, Batu Caves pada 9 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

560 penduduk DUN Sungai Tua terima sumbangan Aidilfitri MBI

Oleh SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 9 APRIL: Lebih 560 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menerima sumbangan Aidilfitri bernilai RM500 setiap seorang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyasarkan golongan berpendapatan rendah (B40), asnaf dan orang kelainan upaya (OKU).

“Sepanjang minggu ini kita sampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan memerlukan seperti keluarga B40, asnaf dan OKU.

“Ini tidak termasuk bantuan Jom Shopping Raya yang keseluruhannya melibatkan hampir 3,800 penerima,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Tua.

MBI memperuntukkan sejumlah RM700,000 untuk sumbangan Aidilfitri bagi membantu golongan kurang berkemampuan di Parlimen Gombak dan juga tiga DUN dibawah pentadbirannya.

Pada majlis tersebut, Amirudin sempat mengucapkan selamat berpuasa dan Hari Raya kepada penduduk yang hadir.

Turut mengiringi beliau adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Dato’ Mohd Yazid Sairi, Ketua Tanggungjawab Sosial MBI, Ahmad Azri Zainal Nor dan juga Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Ketua Kampung.


Pengarang :