AGENDAJENAYAH

Australia rampas heroin dari Malaysia bernilai lebih RM780 juta

KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat rampasan terbesar dadah heroin oleh pihak berkuasa Australia, bulan lalu.

Ini berikutan maklumat dadah yang dirampas dibawa dari sebuah pelabuhan di negara ini, lapor Berita Harian.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata dadah jenis heroin yang dirampas itu seberat 336 kilogram (kg).

“Dadah ini dibawa masuk ke dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lalu.

“Dadah itu dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta),” katanya hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima dari polis persekutuan Australia, sebelum memgambil tindakan lanjut.


Pengarang :