Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatuni anak – anak yatim ketika majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 11 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar berbuka puasa bersama pengamal media, penggiat seni

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tempatan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini.

Perdana Menteri yang tiba pada 6.47 petang dengan berbaju Melayu biru muda diiringi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching.

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pengamal media ketika majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 11 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sebelum berbuka, Anwar turut meluangkan masa bersalaman, berbual dan beramah mesra dengan hadirin pada majlis itu.

Kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada ketua agensi media, wartawan dan jurukamera, tempatan dan antarabangsa, selain penggiat seni serta 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang hadir pada majlis itu.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penggiat seni ketika majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 11 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Selain itu, selebriti tempatan yang hadir teramasuk artis Ifa Raziah, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal serta penyampai radio dan penyanyi Dina Nadzir serta pengarah filem Datuk Suhaimi Baba.

Perdana Menteri juga sempat menunaikan solat Magrib berjemaah bersama hadirin.

– BERNAMA


Pengarang :