KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina di Jenjarom, Kuala Langat pada 18 Januari 2023. Foto Facebook KDEBWM
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

KDEBWM kutip sampah pukal sempena Aidilfitri, tingkat kekerapan di lokasi padat

SHAH ALAM, 12 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) akan melaksanakan kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri ini.

Pengarah urusannya berkata KDEBWM akan memberikan fokus kepada kawasan majoriti penduduk yang merayakan perayaan tersebut.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika ditemu bual Media Selangor di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Terdapat dua kaedah operasi kutipan sampah pukal di musim perayaan iaitu kutipan rumah ke rumah atau pusat tong mengikut jadual dan membekalkan tong Roll On Roll Off (RORO) di kawasan tertentu.

“Bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti di Klang, Subang Jaya, Shah Alam, Selayang dan Sabak Bernam terdapat kira-kira 634 lokasi terlibat.

“Antara kawasan yang akan diberikan penumpuan adalah kawasan kampung seperti di Meru, Kampung Delek, Jalan Rantau Panjang, Kampung Melayu Subang serta kawasan lain,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir kepada Selangorkini.

Ramli berkata kekerapan kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri akan beroperasi seperti biasa berdasarkan jadual berbeza mengikut zon kutipan di setiap PBT.

“Pihak KDEBWM sentiasa memberi fokus dan bersedia untuk menambah kekerapan kutipan pada bila-bila masa terutama di kawasan yang padat dengan penduduk yang akan meraikan Aidilfitri.

“Kekerapan kutipan rumah ke rumah disediakan seminggu sekali atau tiga kali seminggu bergantung kepada PBT.

“Bagi kutipan tong RORO pula, tarikan tong akan dilakukan jika tong tersebut telah penuh dan akan digantikan dengan tong yang kosong,” katanya.


Pengarang :