Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik Pendidikan Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam pada 10 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

MBI hulur bantuan kecemasan, doakan peniaga bazar terkesan terus tabah

SHAH ALAM, 15 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menghulurkan bantuan kecemasan kepada peniaga di Bazar Ramadan, Greenwood yang terjejas akibat hujan dan angin kuat semalam, menurut Dato’ Menteri Besar.

“Saya telah dimaklumkan berkenaan musibah ini semalam. Pihak MBI akan menyalurkan bantuan kecemasan kepada para peniaga yang terkesan.

“Saya mendoakan agar mereka diberi kekuatan dan ketabahan mengharungi dugaan ini. Semoga mereka dapat meneruskan perniagaan Insya-Allah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Difahamkan kejadian itu mengakibatkan banyak khemah peniaga bazar Ramadan di kawasan berkaitan terbalik dan tumbang walaupun hujan serta angin kuat berlaku dalam tempoh lima minit.

Sebelum ini menerusi medium sama, Amirudin memaklumkan bantuan daripada MBI itu akan diberikan sama ada pada hari ini atau esok.


Pengarang :