Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Daerah Klang di Masjid Ahmadi, Klang pada 19 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM nasihat umat Islam manfaat penghujung Ramadan bersihkan diri, jiwa

KLANG, 19 APRIL: Perdana Menteri  meluangkan masa berbuka puasa bersama lebih 500 penduduk sekitar daerah ini di Masjid Ahmadi, Rantau Panjang di sini.

Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim dan EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Kehadiran Anwar itu sempena program santuni Ramadan Malaysia Madani ke Selangor. Sebelum itu, beliau mengadakan walkabout ramah mesra bersama peniaga bazar Ramadan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dalam ucapannya, Anwar menasihatkan supaya umat Islam mengambil kesempatan memanfaatkan penghujung Ramadan dengan membersihkan diri dan jiwa.

“Manfaatkan Ramadan dengan bersungguh-sungguh, kalau belum gunakan kesempatan malam ini untuk memenuhi kekurangan kita ini dan membaca al-Quran dengan memahami maksudnya serta mengamalkannya.

“Sucikan diri dan tunjukkan kekuatan serta semangat untuk bertawakal kepada Allah SWT,” ucapnya.

Anwar juga turut menunaikan solat maghrib secara berjemaah bersama penduduk di masjid berkenaan.


Pengarang :