Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad menyantuni anak asnaf Pertubuhan Dar Asnaf Al Fateeh Al Idrisiah, Hulu Selangor di Pusat Pakaian Hari-Hari, Batang Kali, Hulu Selangor pada 18 April 2023. Foto Facebook SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
ADNSELANGOR

DUN Batang Kali rai 27 anak asnaf Hulu Selangor, beli baju raya

SHAH ALAM, 20 APRIL: Keceriaan terpancar pada wajah 27 anak asnaf dari Pertubuhan Dar Asnaf Al Fateeh Al Idrisiah, Hulu Selangor apabila dibawa membeli baju raya di sebuah gedung pakaian di Batang Kali, baru-baru ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali berkata anak asnaf terbabit turut dibawa berbuka puasa selain meraikan mereka yang lahir pada April dengan acara memotong kek.

“Moga keceriaan berpanjangan buat anak-anak asnaf yang diraikan,” menurut Saifuddin Shafi Muhammad di Facebook semalam.

Beliau berkata program itu cetusan idea Kelab Bell Belia Tamil Hulu Selangor selain mendapat kerjasama Majlis Belia Daerah Hulu Selangor dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Hulu Selangor.

“Usaha murni merentasi titik perkauman ini wajar dipuji kerana daripada sini nilai perpaduan dapat dipupuk.

“Tidak ada lagi pengasingan budaya dan sumber rezeki dikongsikan bersama,” katanya.


Pengarang :