Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan pelakon dan penerima Anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 20 April 2023. Foto Pejabat Perdana Menteri
AGENDANASIONAL

Michelle Yeoh jumpa PM, kongsi kisah kejayaan menang Oscar

SHAH ALAM, 20 APRIL: Perdana menteri menerima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook berkata dalam pertemuan itu, Michelle mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini.

Michelle yang merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023) baru-baru ini turut menitip pesan bahawa kejayaan itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan pelakon dan penerima Anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada 20 April 2023. Foto Pejabat Perdana Menteri

“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan!” kata Anwar.

Yeoh, 61, dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Akademi pada Mac lalu menerusi filem Everything Everywhere All at Once, sekali gus mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori itu.

Beliau turut memenangi kategori sama dalam beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) ke-29.


Pengarang :