AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

SHAH ALAM, 23 APRIL: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut berlaku di seluruh Perlis.

Cuaca sama turut melanda di beberapa daerah di tujuh negeri lain termasuk Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :