AGENDANASIONAL

Sembilan lokasi alami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).

Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Beaufort dan Nabawan, menurut MetMalaysia dalam hantaran di laman Facebook.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, sila rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

– BERNAMA


Pengarang :